Wednesday, August 26, 2009

Sedikit tentang stencil...

Wednesday, August 26, 2009

Stencil adalah template yang digunakan untuk menggambar atau mewarnai identiti dari tulisan, simbol, rupa atau bentuk

Banyak cara yang digunakan untuk membuat stencil sama ada melukis, menekap atau photocopy yang kemudian dipotong rupanya. Rupa ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu positif dan negatif

Potongan-potongan yang tadi juga di sebut islands. Potongan harus tersambung dengan potongan lain. sambungan tersebut dinamakan bridge. Jadi untuk membuat stencil dengan satu warna (one layer), template yang digunakan cukup satu.

Stencil juga menjadi salah satu identiti seni pada grafitti, stencil menggunakan spray can sehingga dapat menghasilkan gambar secara cepat dan mudah. Seperti anarcho-punk band Crass menggunakan stencil sebagai pesan perlawanan (anti-war, anarchist, feminist, dan consumerist) pada tembok sekitar daerah Londonbillboard periklanan. selain itu stencil juga dikembangkan oleh stencil artist seperti Blek le Rat(Prancis),

Stencil bukan hanya menggunakan bahan seperti spray can tetapi juga warna air, dye, silk screen, pastel, dan sebagainya. Pelbagai medium boleh digunakan untuk digunakan sebagai penghantar stencil termasuk tembok keras,kain, besi, kayu dan kertas. Kaedahnya sama Cuma cara menghantarnya berbeza mengikut kreativiti dan idea

0 comments:

Post a Comment

 
flushthescrap ◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates