Wednesday, August 26, 2009

PERIBAHASA

Wednesday, August 26, 2009
seperti yang kita ketahui, nusantara kaya dengan pelbagai sumber sama ada darisegi hasil sumber alam, budaya dan adat istiadat selain merupakan salah satu kawsan yang strategi. Namun ada dikalangan kita yang lupa atau tidak pernah tahu dan malas ambil tahu dengan kekayaan bahasa darisegi antonim, perumpamaan, peribahasa dan lain - lain. Jadi disini saya senaraikan antara peribahasa moga bertambahkan pengetahuan kita.

1. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat

Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

2. Darah daging

Maksud : Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.

3. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.

4. meninggi diri

Maksud : Sombong

5. bermuka dua

Maksud : Tidak jujur.

6 baik hati

Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).

7. tulang belakang

Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan

8. bara yang digenggam biar sampai jadi arang

Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.

9. bagai kaca terhempas ke batu

Maksud : Sangat sedih atau kecewa.

10. melentur buluh biarlah dari rebungnya

Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.

11. duduk sama rendah, berdiri sama tinggi

Maksud : dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat

12. seperti lembu dicucuk hidung

Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang

13. yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing

Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.

14. dayung sudah di tangan, perahu sudah di air

Maksud : segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.

15. terang hati

Maksud : Lekas pandai.

16. rendah hati

Maksud : Tidak sombong

17. murah hati

Maksud : Pemurah.

18. tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas

Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.

19. Tangan kosong

Maksud : Hampa.


0 comments:

Post a Comment

 
flushthescrap ◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates